Sesungguhnya tidak ada yang lebihmenyayat hatiDari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkandari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaanBagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti maraMengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermatbagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil Kerana mengisi kemerdekaan Rupanya lebih sukar dari bermandi Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan Kalau bangsaku asyik mengia Dan menidakkan,Mengangguk dan membenarkan,Kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita Meneruskan perjuangan kemerdekaan kitaKerana rupanya selain memerdekakan,Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara Malah penakluk terkemuka?Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap Menjadi pedagang dan peniaga, Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharung Samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya.
PUISI PERNAH DIBACA TUN DR MAHTHIR MOHAMAD
Semoga Tun selamat menjalani pembedahan pagi ini dan berdoa agar sihat sentiasa, AMIN YA ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment